Unit
3 : ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)
3.1
Objektif
Di akhir unit
ini, guru-guru akan dapat:
· menerangkan maksud pembeiajaran penerokaan.
· menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan dalam pembeiajaran
penerokaan.
· merancang aktiviti pembeiajaran penerokaan dengan menggunakan
ICT.
· melaksanakan aktiviti pembelajaran penerokaan yang mengaplikasikan
ICT.
3.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Penggunaan ICT
untuk pembelajaran penerokaan beriaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk:
· mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, lnternet, portal
maklumat dan sebagainya.
· mengalami, mempeiajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi.
· melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh
dikawal oleh murid.
Dalam pembeiajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang diterima meialui ICT. lni berbeza dengan pembeiajaran tutorial
di mana murid hanya menerima bahan peiajaran yang dikawal dan ditentukan
oleh sistem.
3.3 Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Pendekatan ini
serasi dan menyokong pendekatan construcitvism, iaitu teori pembeiajaran
yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembeiajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina meialui
interaksi sosial.
Sebagai contoh;
Murid-murid
di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman
web Central Intelligence Agency (.CIA)" atau merujuk kepada ensaikiopedia
dalam talian seperti Encarta .
Simulasi maya
pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan
oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas
Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi
masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir
komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam
cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti
WinHTTrack.
Selain daripada
mengakses maklumat terus daripada lnternet, guru juga boleh, menggunakan
maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensikiopedia, pangkalan
data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
Guru perlu mengawal
masa kerana pembelajaran penerokaan mungkin memakan masa yang terlalu
panjang.
3.4 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan
lni?
ICT sesuai digunakan
untuk pembeiajaran penerokaan dalam situasi:
· pembeiajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
· pembeiajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan
sebenar.
· aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
· aktiviti pembeiajaran yang berbentuk simulasi.
3.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran
Penerokaan?
· Memberi
peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembeiajaran
masing-masing.
· Mendorong murid tedibat secara lebih aktif dalam pembeiajaran.
· Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar
di dalam kelas.
· Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden
seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
3.6 Laluan Ke Arah Pengintegrasian.
Rajah 2 menunjukkan
carta alir proses yang perlu diialui oleh guru sebelum melaksanakan
aktiviti penggunaan ICT untuk pembeiajaran penerokaan.
3.7 Contoh Persediaan Mengajar
Sila rujuk Lampiran
2
3.8
Penilaian Kendiri
I. Dalam pembeiajaran
penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang terima
melalui alatan ICT manakala dalam pembelajaran tutorial pula murid hanya
menerima bahan pembeiajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Berikan contoh yang menunjukkan perbezaan antara keduanya.
II. Terangkan
mengapa guru perlu menetapkan masa untuk murid mengakses maklumat dalam
pembeiajaran penerokaan.
III. Berikan
tiga kelebihan menggunakan ICT dalam pembeiajaran penerokaan.
IV. ICT sesuai
digunakan dalam pembeiajaran penerokaan apabila murid mengikuti pembeiajaran
berbentuk inkuiripenemuan. Berikan contoh tajuk dan cara melaksanakannya
dalam mana-mana mata pelajaran yang boleh menggunakan ICT untuk pembelajaran
ini.
V. Murid boleh
mengakses maklumat terus daripada internet untuk pembelajaran penerokaan.
Berikan satu lagi cara di mana murid boleh mengakses maklumat yang mereka
perlukan.