PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMA T DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)


Pusat Perkembangan Kurikulum
     

Unit 1 Pengenalan

Objektif Unit

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
· menghuraikan faedah ICT kepada murid.
· menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalam p&p.
· menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam P&P.

Apa Maksud Penggunaan ICT Dalam p&p?

Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.


Apa Tujuan Dokumen Panduan ini?

Panduan ini bertujuan untuk:
· menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti P&P.
· membantu guru merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti p&p yang menggunakan ICT.


Apa Manfaat ICT Dalam Pembelajaran?

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan kepeduan datam pembeiajaran:
· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap peiajaran.
· memberi peluang pembeiajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
· meningkatkan motivasi murid.
· membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise beaming).
· membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
· membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau tedalu mahal untuk diperoleh.
· mewujudkan suasana pembeiajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
· membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
· meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
· memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
· meningkat kemahiran ICT.

Apa Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Datam p&p?

Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam p&p, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
· Penggunaan ICT dalam p&p dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
· Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p&p.
· Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembeiajaran.


Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebefum
Boleh Menggunakannya Dalam p&p?

Guru tidak pedu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi meialui aktiviti kelab komputer sekolah yang Melaksanakan program LiterasirasiKomputer Kementerian Pendidikan.

Rujuk laman web berikut untuk dapatkan uraian anjut berhubung kemahiran ICT asas.

ttp: kdp.ppk.kpm.my/1k-quide.htm#PERINGKAT 1


Bagaimana Menggunakan ICT Dalam p&p?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diha,rapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT).


Dalam konteks pembeiajaran penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:
· Tutorial,
· Penerokaan (eksploratori),
· Aplikasi, dan
· Komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

Huraian lanjut berhubung pendekatan ini dibincang dalam unit seterusnya.


Penilaian Kendiri

i. Kepeduan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembeiajaran semakin digalakkan. Sila terangkan kebaikan penggunaan ICT dalam p&p.

ii. Berikan tiga syarat yang perlu dipenuhi jika anda ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembeiajaran.

iii. Terdapat empat kategori di mana ICT digunakan dalam p&p. Nyatakan keempat-empat kategori ini.

Unit 1 | Unit 2 | Unit 3 | Unit 4 | Unit 5 | Unit 6 |