Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMA T DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

 
Pusat Perkembangan Kurikulum
     

UNIT 5 : ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

5.1 Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:

· menerang maksud mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi.

· menerang bagaimana ICT dapat diguna sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.

· merancang aktiviti yang mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.

· melaksana aktiviti yang mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.


5.2 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
· teks,
· grafik,
· audio,
· video, atau
· kombinasi pelbagai mod.


5.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi mefalui ICT, iaitu:

· Teknik Seorang - Sendirian,
· Teknik Seorang kepada Seorang,
· Teknik Seorang kepada Ramai, dan
· Teknik Ramai kepada Ramai.

Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.

Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya, dan geodrafi setempat bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengaiaman mereka. lni adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terialu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.

Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahiran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembeiaj'aran.


5.4 Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

· Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
· Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran meialui peer group yang bersifat global.
· Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.


5.5 Jalan Ke Arah Pengintegrasian.

Rajah 4 menunjukkan carta alir proses yang perlu diialui oleh guru untuk melaksana aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT sebagai alat pemudah komunikasi.

5.6 Contoh Persediaan Mengajar

Sila lihat Lampiran 4

 

5.7 Penilaian Kendiri

I. Bolehkah anda terangkan beberapa teknik berkomunikasi mengguna ICT dalam P&P yang dicadangkan?
II. Terangkan dua fkelebihan penggunaan ICT sebagai alat pemudah komunikasi dalam P&P.
III. Huraikan bagaimana internet dapat membantu P&P guru dalam melaksana pembelajaran berasaskan komunikasi.

 


 

CooperativelCollaborative Learning (CICL) is an instructional approach in which students work together in small groups to accomplish a common beaming goat. CICL is not the same as traditional groupwork, in that most models adhere to the following principles: a Students work and leam together in small (2-5 member) groups.
· Their task is carefully designed to be suitable for groupwork.
· There is positive interdependence - cooperation is necessary for students to succeed.
· Students are individually accountable for learning and participation.

Attention and class time are given to interpersonallcooperative skill building.
The role of the teacher changes from being the 'sage on the stage' to 'Ihe guide on the side.

 

Unit 1 | Unit 2 | Unit 3 | Unit 4 | Unit 5 | Unit 6 | Integrasi | Contoh | Link | Utiliti
Kursus Penyelaras IT | Modul Aplikasi TMK || Program Komputer Dalam Pendidikan KPM | PPK
Server FTP |
Ruang Sembang | Enjin Gelintar