Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMA T DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

 
Pusat Perkembangan Kurikulum
     

Unit 4 : ICT Sebagai Alat Aplikasi


4.1 Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
· menerangkan maksud mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
· nenerangkan bagaimana mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
· merancang aktiviti p&p mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
· melaksana aktiviti p&p yang mengguna ICT sebagai alat aplikasi.

4.2 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembeiajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.

Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Perisian aplikasi,khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembeiajaran.

4.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi apabila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tida menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.

Situasi ini turut menggambarkan pengoperasian teori pembeiajaran sosio-budaya (sociocultural beaming) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran - murid saling mempeiajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbao dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; Mcinerney & Mcinerney, 1998)

Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembeiajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh murid tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.

Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengelas dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengelas dan menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).


4.4 Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

· Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembeiajaran yang autentik.

· Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid.

· Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembeiajaran.


4.5 Laluan Ke Arah Pengintegrasian.

Rajah 3 menunjukkan carta alir proses yang pedu diialui oleh guru sebelum melaksanakan aktiviti penggunaan ICT sebagai alat aplikasi


4.6 Contoh Persediaan Mengajar

Sila rujuk Lampiran 3

 

4.7 Penilaian Kendiri

I. Sebagai guru anda dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak berapa penting yang terpaksa dibuat berulang kali. Cadangkan satu cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk mengatasi masalah ini.

II. Murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisien? Setujukah anda dengan kenyataan ini. Berikan sebab mengapa anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

III. Kenal pasti satu tugasan yang bersifat autentik dan bukan autentik bagi subjek yang anda mengajar dan huraikan.

 

Unit 1 | Unit 2 | Unit 3 | Unit 4 | Unit 5 | Unit 6 | Integrasi | Contoh | Link | Utiliti
Kursus Penyelaras IT | Modul Aplikasi TMK || Program Komputer Dalam Pendidikan KPM | PPK
Server FTP |
Ruang Sembang | Enjin Gelintar