Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMA T DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

 
Pusat Perkembangan Kurikulum
     

Unit 3 : ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)

3.1 Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
· menerangkan maksud pembeiajaran penerokaan.
· menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan dalam pembeiajaran penerokaan.
· merancang aktiviti pembeiajaran penerokaan dengan menggunakan ICT.
· melaksanakan aktiviti pembelajaran penerokaan yang mengaplikasikan ICT.


3.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan beriaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
· mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, lnternet, portal maklumat dan sebagainya.
· mengalami, mempeiajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
· melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.


Dalam pembeiajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima meialui ICT. lni berbeza dengan pembeiajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan peiajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.


3.3 Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan construcitvism, iaitu teori pembeiajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembeiajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina meialui interaksi sosial.
Sebagai contoh;

Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (.CIA)" atau merujuk kepada ensaikiopedia dalam talian seperti Encarta .

Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack.

Selain daripada mengakses maklumat terus daripada lnternet, guru juga boleh, menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensikiopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.

Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.


3.4 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan lni?

ICT sesuai digunakan untuk pembeiajaran penerokaan dalam situasi:
· pembeiajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
· pembeiajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
· aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
· aktiviti pembeiajaran yang berbentuk simulasi.


3.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

· Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembeiajaran masing-masing.
· Mendorong murid tedibat secara lebih aktif dalam pembeiajaran.
· Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
· Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.


3.6 Laluan Ke Arah Pengintegrasian.

Rajah 2 menunjukkan carta alir proses yang perlu diialui oleh guru sebelum melaksanakan aktiviti penggunaan ICT untuk pembeiajaran penerokaan.


3.7 Contoh Persediaan Mengajar

Sila rujuk Lampiran 2

 

3.8 Penilaian Kendiri

I. Dalam pembeiajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang terima melalui alatan ICT manakala dalam pembelajaran tutorial pula murid hanya menerima bahan pembeiajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem. Berikan contoh yang menunjukkan perbezaan antara keduanya.

II. Terangkan mengapa guru perlu menetapkan masa untuk murid mengakses maklumat dalam pembeiajaran penerokaan.

III. Berikan tiga kelebihan menggunakan ICT dalam pembeiajaran penerokaan.

IV. ICT sesuai digunakan dalam pembeiajaran penerokaan apabila murid mengikuti pembeiajaran berbentuk inkuiripenemuan. Berikan contoh tajuk dan cara melaksanakannya dalam mana-mana mata pelajaran yang boleh menggunakan ICT untuk pembelajaran ini.

V. Murid boleh mengakses maklumat terus daripada internet untuk pembelajaran penerokaan. Berikan satu lagi cara di mana murid boleh mengakses maklumat yang mereka perlukan.

 

Unit 1 | Unit 2 | Unit 3 | Unit 4 | Unit 5 | Unit 6 | Integrasi | Contoh | Link | Utiliti
Kursus Penyelaras IT | Modul Aplikasi TMK || Program Komputer Dalam Pendidikan KPM | PPK
Server FTP |
Ruang Sembang | Enjin Gelintar