Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMA T DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

 
Pusat Perkembangan Kurikulum
     

Unit 2 : ICT Untuk Pembelajaran Tutorial


2.1 Objektif

Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
· menerangkan maksud pembelajaran tutorial.
· menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan untuk pembelajaran tutorial.
· merancang aktiviti pembeiajaran tutorial yang menggunakan ICT.
· melaksanakan aktiviti pembeiajaran tutoria yang menggunakan ICT.


2.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembeiajaran Tutorial?

ICT dikatakan untuk pembeiajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan peiajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembeiajaran tutorial ini merangkumil:
· pembelajaran ekspositori ,
· demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawa urutan, babaknya oleh
· sistem, dan latihan atau ati tu i yang disampai dan dikawal oleh sistem.


2.3 Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Alat ICT yang seialu diguna untuk pembeiajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

lstilah ComputerAssisted Instruction (CAI) diguna untu mengambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent ComputerAssisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan . Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang bedaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia.

Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikUt6:

· mempersembahkan maklumat,
· membimbing,
· menyediakan/memberi latihan, dan
· menilai pencapaian

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembeiajaran tutorial direka bentuk berdasar kepada model traditional p&p, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikanseperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).

Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
· mengakibat pembaziran masa dan tenaga.
· menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
· menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
· mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu.

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
· Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu tedebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
· Ada peralatan ICT yang sesuai untuk melaksana perisian.
· Ada kemahiran mengendaii peralatan ICT.
· Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki).

Setelah pasti benar-benar wujud kepeduan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
· Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas).
· Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
· Penggunaandidalamataudiluarwaktupersekolahan.


2.4 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan lni?

Penggunaan ICT untuk pembeiajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:
· Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan beiajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.
· Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini guru tersebut boleh merancang pembeiajaran mengguna komputer.
· Terdapat mu rid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan
· Terdapat murid cerdik yang memedukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini, pedsian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.


2.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT?

· Dapat mengindividukan pembeiajaran
· Murid beiajar mengikut kemampuan sendiri.
· Meningkatkan motivasi murid untuk beiajar.
· Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.


2.6 Laluan Ke Arah Pengintegrasian.

Rajah 1 menunjukkan carta alir proses yang perlu diialui oleh Laluan pengintegrasian guru sebelum melaksanakan aktiviti penggunaan ICT untuk pembeiajaran tutorial.


2.7 Contoh Persediaan Mengajar


Sila rujuk Lampiran 1. Contoh rancangan


2.8 Penilaian Kendiri


I. Sila huraikan apa yang anda faham mengenai penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial.

II. Bolehkah anda jelaskan bagaimanakah ICT boleh digunakan untuk pembeiajaran tutorial.

III. Huraikan beberapa kelebihan menggunakan ICT untuk pembeiajaran tutorial.

IV. Rancang satu aktiviti pengajaran dan pembeiajaran yang menggunakan ICT untuk pembeiajaran tutorial.



Unit 1 | Unit 2 | Unit 3 | Unit 4 | Unit 5 | Unit 6 | Integrasi | Contoh | Link | Utiliti
Kursus Penyelaras IT | Modul Aplikasi TMK || Program Komputer Dalam Pendidikan KPM | PPK
Server FTP |
Ruang Sembang | Enjin Gelintar