Make your own free website on Tripod.com


LOKASI

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) terletak di tengah-tengah pekan Sura Gate, di Jalan Yahaya Ahmad, satu kilometer dari lampu isyarat Jalan Kuala Terengganu-Kemaman menuju ke Kuala Dungun. Di sebelah SMKSO terletak tapak Pasar Minggu Sura Gate.

PENGURUSAN

PENGETUA SMKSO ialah En. Jain bin Awang (PJK) yang mula berkhidmat pada permulaan penggal kedua persekolahan sesi 2001, menggantikan Pengetua sebelumnya, Y.M. Tengku Anuar bin Tengku Dalam (PJK) yang memegang jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun/Marang. Beliau dibantu oleh Penolong Kanan 1, Pn. Hjh. Fatimah binti Mat Jusoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Awang bin Junoh, Guru Cemerlang (Biologi), Pn. Salmah binti Mohd Tahar, serta Ketua-ketua Bidang, Tn. Hj. Mohd Amin bin Harun (Bahasa), Tn. Hj. Alias bin Harun (Vokasional dan Teknik), Pn. Aini binti Kamaruddin (Sains dan Matematik), dan Pn. Hjh. Faudziah binti Ab. Latiff (Kemanusiaan), juga Kaunselor Sekolah, En. Che Wan Ismail bin Che Wan Ngah.

SMKSO mempunyai 103 orang guru, 17 orang kakitangan sokongan, dan lapan orang pekerja swasta.

PELAJAR

SMKSO kini menampung 1618 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas, terdiri daripada pelbagai kaum. Begitupun, yang paling ramai adalah daripada keturunan Melayu.

Pelajar tingkatan satu datang dari sekolah-sekolah rendah berhampiran, antaranya Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Sekolah Kebangsaan Bandar, Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, Sekolah Kebangsaan Pusat, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa. Sebahagian besar pelajar ini berpencapaian sederhana, manakala yang berpencapaian rendah melebihi jumlah yang berpencapaian baik.

Pelajar tingkatan enam datangnya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura. Ketika ini SMKSO hanya menawarkan aliran kemanusiaan. Walaupun begitu, pada tahun ini terdapat sepuluh orang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) aliran sains. Seramai 38 orang calon lain adalah dari aliran kemanusiaan.

SEJARAH RINGKAS

PADA awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Dungun English School (DES) kerana menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun pertama beroperasi, sebuah kelas percubaan Darjah Satu (Primary One) diwujudkan. Pada waktu itu, DES menumpang di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Dungun (SK Bandar sekarang). Setahun ke-mudian (1956), bertambah dua buah kelas lagi, iaitu Kelas Khas Melayu Satu (Special Malay Class One) dan Darjah Satu Kumpulan Kedua (Second Batch of Primary One). Dengan pertambahan itu, semua kelas ini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Melayu Perempuan Dungun (SK Kuala Dungun sekarang), se-hinggalah bangunan sendiri mula digunakan pada pertengahan tahun 1956. Kelas-kelas ini dianggap seba-gai kelas perintis DES.

Calon sulung Malayan Secondary School Entrance Examination (Peperiksaan Kemasukan ke Se-kolah Menengah Malaya Darjah VI) bermula pada tahun 1958. Sebanyak 38 orang calon menduduki pepe-riksaan tersebut. Hasilnya, 35 orang calon telah lulus, yang membolehkan sebuah kelas Tingkatan Satu dibuka pada tahun 1959. Kumpulan ini telah mengam-bil Lower Certificate of Education Examination (Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran) pada tahun 1961, dan 19 orang telah lulus dan berjaya ke Tingkatan Empat pada tahun berikutnya.

Mulai Januari 1963, DES dipecahkan kepada Sekolah Menengah Inggeris Dungun dan Sekolah Rendah Inggeris Dungun. Di sekolah menengah ini, Tingkatan Satu Aliran Melayu diwujudkan. Pada ta-hun ini juga 19 orang anak sulungnya menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut (OSC) dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (FMC) yang kemudiannya dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1975, ketika di bawah kendalian En. T.N. Varughese, Sekolah Menengah Inggeris Dungun ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sultan Omar. Nama baharu ini sempena nama Sultan Terengganu kesembilan. Baginda menduduki takhta kesultanan Terengganu sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1830, dan 1839 hingga 1875.

Pemilihan nama baginda untuk sekolah ini ada kaitan dengan sejarah sekolah ini (dan juga sekolah rendah) yang gemilang. Mengikut catatan sejarah, Sultan Omar pernah melarikan diri ke Dungun kerana terlibat dengan perang saudara di Pahang dengan memberikan bantuan kepada Wan Ahmad dan melindungi Sultan Mahmud Riau. Baginda digambarkan sebagai berbadan besar, berambut ikal, berkulit putih agak pucat, tinggi, sasa, berhidung mancung dan bermata tajam.

Semenjak 1955 hingga kini, SMKSO telah di-terajui oleh 20 orang Pengetua. Mereka ialah

Mulai tahun 2001, Y.M. Tengku Anuar telah memperkenalkan slogan sekolah, "SMKSO CEMERLANG PADA ALAF BARU" untuk menjana sekolah ini agar kembali kepada kegemi-langan. Harapannya agar guru dan kakitangan tekun bekerja dan pelajar pula gigih belajar. Kemudian, hadir pula En. Jain Awang dengan penumpuan kepada disiplin dan semangat ingin berjaya.


Disediakan oleh:
En Suhaimi Mohd Saleh