JAIN BIN AWANG PJK

Mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Atas Tol dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payung. Selepas tamat Darjah Enam terpilih memasuki sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Tengku Abdul Rahman Ipoh atau STAR.

Setelah tamat Tingkatan Lima, melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor. Tamat layihan perguruan ditempatkan di slah sebuah sekolah di negeri Pahang. Semasa di Pahang, mengambil kursus Martab Adabi dan berjaya memeprolehi Sijil Penuh Sijil Tinggi Persekolahan. Dengan sijil ini berjaya memasuki Universiti Malaya mengikuti kursus Pengajian Melayu dan sejarah.

Sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Malaya, terus di tempatkan di sekolah Menengah Landas, Hulu Terengganu. Selama lima tahun di sana, ditukarkan ke Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dengan memengang kaunselor sekolah.

Beliau kemudian dipinjamkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Unit Hal Ehwal Murid. Bermula di sini kursus-kursus kaunseling banyak dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu.

Seterusnya diberi jawatan sebagai Ketua Bidang Kemanusian di Sekolah Menengah Padang Midin dan selepas itu dilantik sebagai Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Manir, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Ching Hwa Wei Sin dan akhir sekali Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur. Pada tahun 2001, dilantik menjadi pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun, Terengganu.

Belia aktif dalam pergerakan pelajar-pelajar Melayu. Merupakan salah seorang pengasas Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih dikenali dengan GPMS. Jawatan yang disadang ialah Timbalan Pengerusi GPMS Negeri Terengganu.

Setakat ini telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Belia Berjasa Negeri Terengganu.

Sebagai Pengetua, tugas berat ini dipikul dengan penuh kesedaran dan kesabaran. Banyak halangan dan rintangan yang harus di atasi.





© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/