.ARAS 5
5.1 Fokus
    Peringkat ini merupakan aplikasi pengetahuan dan kemahiran komputer yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam peringkat-peringkat yang telah dilalui. Pelajar-pelajar akan menjalankan pelbagai projek berdasarkan minat dan kemampuan mereka. Walaupun dalam garis panduan ini pelaksanaan projek diletakkan di peringkat 5, tetapi ini tidak bermakna bahawa pelajar hanya menjalankan projek-projek pada peringkat 5 sahaja. Pengajar atau penasihat komputer sepatutnya sentiasa menggalakkan pelajar menjalankan projek-projek kecil yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan pelajar. Guru dan pelajar harus menyedari hakikat bahawa kaedah terbaik untuk menguasai kemahiran atau pengetahuan komputer ialah melalui aktiviti amali dan pelaksanaan projek.
5.2 Objektif
    i.

Berkebolehan melaksanakan projek aplikasi mengikut minat sendiri dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam peringkat sebelum ini.

    ii. Mempunyai pengetahuan lanjutan tentang perkakasan dan perisian komputer.
    iii. Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan rangkaian komputer dan Internet.
   
5.3 Aktiviti
   

Yang berikut merupakan cadangan projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar-pelajar sama ada secara individu atau kumpulan di bawah bimbingan dan nasihat guru atau pakar rujuk luar yang dihubungi oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan mengemukakan cadangan projek lain berdasarkan minat mereka.

  • Pembinaan sistem pangkalan data guru dan kakitangan sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data pelajar sekolah atau rekod kemajuan pelajar
  • Pembinaan sistem pangkalan data pusat sumber sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data peralatan makmal sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data skim pinjaman buku teks sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data kes disiplin sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data inventori kedai koperasi sekolah
  • Pembinaan sistem pangkalan data atau perisian multimedia flora/fauna/tempat bersejarah/tokoh-tokoh sejarah di dalam dan di luar negara
  • Pembinaan perisian kursus untuk menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran
  • Pembinaan templat hamparan elektronik untuk pejabat sekolah
  • Pembinaan hamparan elektronik untuk pengiraan markah peperikasaan
  • Pembinaan ėslideshowķ multimedia untuk memperkenalkan sejarah sekolah/latar belakang sekolah/perancangan sekolah
    Pembinaan persembahan multimedia untuk Hari Ucapan/Hari Terbuka sekolah
    Pembinaan modul latihan / tutorial berkomputer untuk ahli-ahli kelab yang lain
  • Pembinaan model perkakasan komputer
    Perancangan dan pelaksanaan aktiviti Internet seperti senarai pengemelan (mailing list), kumpulan perbincangan (discussion group) dan sebagainya.

       
© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/