.ARAS 3
3.1 Fokus
    Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang telah menguasai kemahiran dan pengetahuan literasi peringkat 2 dan berminat melanjutkan pembelajaran literasi komputer ke peringkat yang lebih tinggi.  Dalam peringkat ini aktiviti pengenalan kepada asas perisian pengurusan pangkalan data dan bahasa pengaturcaraan akan diperkenalkan.  Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan Internet, aktiviti lanjutan mengenai penggunaan Internet akan dijalankan.
3.2 Objektif
    i.

Memahami konsep pangkalan data dan istilah yang berkaitan serta berkebolehan menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk menyelesaikan masalah mudah.

    ii. Memahami konsep asas pengaturcaraan serta berkebolehan membina atur cara ringkas untuk menyelesaikan masalah mudah.
    iii. Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan rangkaian komputer dan Internet.
    iv.

Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang penggunaan perkakasan dan perisian yang dipelajari sebelum ini

   
3.3 Aktiviti
   

T3A1

Asas Perisian Pengurusan Pangkalan Data

  • Ciri-ciri dan kelebihan
  • Konsep asas pangkalan data, fail, rekod dan medan. Jenis data.
  • Merancang dan membina pangkalan data
  • Menginput data
  • Mencapai data melalui query
  • Mencetak data dan laporan ringkas

T3A2

Pengaturcaraan

  • Konsep Pengaturcaraan
  • Proses asas pengaturcaraan - analisis, perancangan, pembangunan, pengujian, penyahpepijatan (debugging), pendokumenan)
  • Penggunaan perisian penyunting (editor)
  • Pengenalan kepada struktur kawalan
    • penggelungan,
    • percabangan,
    • jujukan
  • Penggunaan pemboleh ubah
  • Ungkapan aritmatik
  • Perintah-perintah asas
  • Manipulasi angka dan rentetan
  • Penggunaan pengendali (operator) logik dan
  • hubungan (relational)

T3A3

Aktiviti Internet
(Jika ada kemudahan) 

  • Pembangunan World Wide Web Home Page
  • b. Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berdasarkan
  • penggunaan sumber Internet.

       
© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/