Make your own free website on Tripod.com

.ARAS 2
2.1 Fokus
    Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Kumpulan sasaran bagi peringkat ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai pengetahuan dan kemahiran literasi komputer peringkat 1 dan berminat menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam peringkat ini pelajar akan menyambung pembelajaran sistem pengendalian dan pemprosesan kata ke peringkat lanjutan. Mereka akan juga diperkenalkan kepada perisian hamparan elektronik dan penggunaan rangkaian komputer serta aktiviti yang berkaitan. Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan Internet, aktiviti berkaitan boleh dijalankan.
  2.2 Objektif
    i.

Berkebolehan menjalankan penyenggaraan asas (housekeepingí) dengan menggunakan kemudahan yang terdapat dalam sistem pengendalian cakera (DOS) atau persekitaran pengendalian yang lain (misalnya Windows).

    ii. Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian pemprosesan kata dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan setempat (desktop publishing).
    iii. Berkebolehan menggunakan kemudahan asas dalam perisian hamparan elektronik untuk menyelesaikan masalah.
    iv.

Memahami konsep rangkaian komputer serta berkebolehan menjalankan aktiviti asas yang melibatkan penggunaan rangkaian komputer atau Internet.

    v.

Berkebolehan mengendalikan perkakasan komputer biasa.

    vi. Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang penggunaan perkakasan dan perisian yang telah dipelajari sebelum ini
   
2.3 Aktiviti
   

T2A1

Sistem Pengendalian (Lanjutan)

Perintah-perintah lanjutan:

  • Membuat/membuang fail dan direktori
  • Memformat disket data dan disket sistem
  • Memindah fail/direktori
  • Menukar nama fail

T2A2

Pemprosesan Kata (Lanjutan)

  • Menukar jarak antara baris
  • Menukar bilangan lajur dalam dokumen
  • Menyelit bingkai /gambar/objek
  • Mengubah/memindah bingkai grafik.
  • Menggunakan alatan lukisan
  • Menyelit dan memanipulasikan jadual

T2A3

Hamparan Elektronik

  • Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
  • Membina hamparan
  • Pembinaan formula berdasarkan operasi asas matematik (*,+,-,/,^)
  • Penggunaan fungsi-fungsi asas dalam formula
  • Pembinaan graf
  • Isihan

T2A4

Rangkaian Komputer

  • Konsep asas rangkaian komputer
  • Ciri-ciri dan kelebihan rangkaian komputer
  • Konsep perkongsian data dan sumber
  • Amali perkongsian data dan sumber
  • Konsep dan penggunaan mel elektronik
  • Netiquette (Network etiquette)  

T2A5

Aktiviti Internet
(Jika ada kemudahan Internet) 

  • Alat-alat Internet (Internet tools) seperti browser, email, telnet, ftp, newsgroups dan lain-lain;
  • Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berasaskan
  • Internet seperti forum elektronik, newsgroups
  • dan lain-lain.

       
© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
http://smkso2000.tripod.com/