ARAS 1
1.1 Fokus
    Peringkat ini merupakan peringkat "kemahiran asas". Setiap pelajar tahun pertama (tingkatan 1 atau peralihan) sekolah menengah yang belum menguasai kemahiran asas dalam peringkat ini diwajibkan mengikuti aktiviti kelas literasi komputer yang dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Tugas pengendalian aktiviti ini diagihkan kepada guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan komputer. Anggaran peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti Peringkat 1 ini ialah 28 jam (1680 minit). Berdasarkan kiraan peruntukan masa 80 minit seminggu, aktiviti peringkat ini boleh dijalankan dalam tempoh 21 minggu (lebih kurangnya setengah tahun persekolahan). Aktiviti-aktiviti ini meliputi langkah keselamatan dan peraturan penggunaan kemudahan komputer, asas sistem pengendalian komputer, asas perisian pemprosesan kata dan grafik. Pelajar-pelajar peralihan atau tingkatan satu yang telah menguasai kemahiran dan pengetahuan peringkat ini boleh dikecualikan dari menghadiri aktiviti peringkat ini 
  1.2 Objektif
    i.

Mengetahui makna istilah biasa berkaitan dengan teknologi maklumat.

    ii. Mengetahui kegunaan asas teknologi maklumat dalam kehidupan.
    iii. Mengetahui langkah-langkah asas penjagaan keselamatan pengguna, data dan sistem komputer.
    iv.

Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam penggunaan kemudahan komputer.

    v.

Berkebolehan mengendalikan perkakasan komputer biasa.

    vi.

Berkebolehan menggunakan perisian pemprosesan kata dan perisian grafik untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang bermakna.

    vii. Menyedari potensi dan kemudahan yang disediakan oleh perisian hamparan elektronik (electronic spreadsheet) dan Internet.
   
1.3 Aktiviti
   

T1A1
(40 minit)

Peraturan Dan Keselamatan:

  • Makmal komputer.
  • Penjagaan cakera dan komputer.
  • Keselamatan pengguna dan data.
  • Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan

T1A2
(80 minit)

Pengenalan Kepada Komputer

  • Apakah dia komputer?
  • Bahagian-bahagian utama sistem komputer (input, unit pemprosesan pusat, ingatan, output - pembelajaran konsep melalui gambar rajah blok).
  • Etika penggunaan komputer,
  • hakcipta dan penyalahgunaan komputer.
  • Kegunaan komputer

T1A3
(160 minit)

Penyesuaian Dengan Sistem Komputer

  • Pengenalan kepada bahagian-bahagian komputer.
  • Kemahiran asas penggunaan papan kekunci.
  • Asas penjagaan perisian dan perkakasan.
  • Penggunaan pencetak.

 T1A4
(200 minit)

Asas Sistem Pengendalian

  • Pengenalan kepada persekitaran sistem pengendalian jenis teks dan grafik.
    • Konsep fail, direktori dan subdirektori.
    • Konsep direktori semasa(current directory).
    • Makna fail backup dan kepentingannya.
    • Penggunaan kemudahan bantuan (help).
  • Perintah-perintah asas
    • Pengemudian direktori/bergerak dari direktori ke direktori
    • Menyalin fail dan cakera
    • Melakukan (execute) aplikasi
  • Fahaman asas tentang kegunaan Sistem Pengendalian

T1A5
(640 minit)

Asas Pemprosesan kata

  • Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan.
  • Memula, menaip, menyimpan, memuat dan mencetak dokumen.
  • Penyuntingan asas (kawalan kursor, memadam teks, menyelit teks(insert), menengahkan teks (center), menggariskan teks, menebalkan teks (bold) dan mengitalikkan teks).
  • Menukar jenis dan saiz fon.
  • Menukar pelarasan teks (justification).
  • Menukar saiz halaman (A4 atau letter) dan orientasi halaman (portrait atau landscape)
  • Memotong, menyalin dan menampal teks.

 T1A6
(400 minit)

Grafik

Jika perisian pemprosesan kata yang digunakan untuk menjalankan aktiviti di T1A5 mempunyai kemudahan grafik, bahagian grafik ini boleh diajar dengan mengunakan pemprosesan kata itu.

  • Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
  • Membina dan menyunting grafik
  • Menyimpan, memuat dan mencetak fail grafik
  • Pengabungan teks dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan setempat (desktop publishing)

T1A7
(80 minit)

Pengenalan Kepada Hamparan Elektronik

  • Demonstrasi kegunaan perisian hamparan elektronik
  • ciri-ciri dan kelebihan perisian hamparan elektronik

 T1A8
(80 minit)

Pengenalan Kepada Internet

  • Konsep Internet dan ciri-ciri Internet
  • Demonstrasi kegunaan kemudahan Internet (jika ada kemudahan di sekolah)

Jumlah Masa:  1680 minit

       
© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/