Make your own free website on Tripod.com

SMK Sultan Omar

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya pelajar-pelajar adalah merupakan insan yang mempunyai keupayaan untuk berkembang selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Pendidik pula diamanahkan untuk membimbing dan memajukan pelajar-pelajar bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


KONSEP 'SEKOLAH ITU MULIA'

Ilmu itu mulia
Proses menitis ilmu itu mulia
Menuntut ilmu itu mulia
Mendidik dan mengajar ilmu itu mulia
Persekitaran dan tempat menitis ilmu itu mulia
Menyokong, meyumbang dan turut serta dalam menitis ilmu itu mulia
Bimbingan dan galakan dalam menitis ilmu itu mulia
Pemikir, perancang dan pelaksana kerja-kerja penitisan ilmu itu mulia
Rasa gembira melihat orang menuntut ilmu itu mulia
Visi dan misi penitisan ilmu itu mulia
Jelaslah sekolah itu mulia





© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com