SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Pendekatan Aplikasi CD-ROM dalam pengajaran

Terdapat tiga pendekatan penggunaan CD-ROM yang dicadangkan untuk diintergrasikan dalam pengajaran guru.

Pendekatan ini adalah khusus untuk CD-ROM yang diklasifikasikan sebagai Program Berasaskan Pengajaran dan Bahan Berasaskan Kandungan/Topik (klasifikasi ini telah pun dibincangkan pada minggu lepas).

Penggunaan sepenuh:

Ini bermaksud guru boleh menggunakan isi kandungan dalam CD-ROM ini secara sepenuhnya sama ada dijadikan bahan utama dalam pengajaran di bilik darjah atau dijadikan sebagai satu tugasan pada pelajar untuk mengaksesnya di rumah. Penggunaan seumpama ini lebih sesuai pada CD-ROM yang diklasifikasikan sebagai Bahan Berasaskan Pengajaran

Bahan Pilihan:

Guru boleh memilih sebahagian daripada bahan atau mana-mana bahagian yang difikirkan sesuai untuk diintegrasikan dengan bahan pengajaran-pembelajaran yang tersedia ada. Untuk itu guru boleh memilih sebarang klasifikasi CD-ROM untuk tujuan ini.

Bahan Pengubahsuaian:

Guru juga boleh mengubahsuai bahan yang terdapat di dalam CD-ROM dengan cara menyalin dan menampal (copy & paste) atau cetak layar (print screen) bahan yang sesuai untuk disimpan dalam fail yang dicipta pada satu fail di komputer. Ia boleh ditokok tambah serta dijadikan satu lembaran kerja atau nota ringkas melalui cetakan.

Bagaimanapun guru harus memahami etika hak cipta (copyright) sebelum menyalin apa-apa bahan sama ada dalam bentuk teks atau dalam bentuk grafik.

Bagaimanapun untuk mempastikan keberkesanan penggunaannya, para guru harus mempunyai perancangan yang lebih berstruktur. Perancangan ini harus dibina dalam satu bentuk pelan tindakan yang dinamakan Strategi Aplikasi Media Pengajaran (SAMP).

Pada minggu hadapan kita akan melihat contoh Strategi Aplikasi Media Pengajaran (SAMP) sebagai satu bentuk pelan tindakan ke arah penggunaan CD-ROM secara lebih berkesan.

Bahan Rujukan:

Ismail Zain, (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors










© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/