SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Bertemu Drakula

Oleh SAIFULLIZAN YAHAYA

PADA suatu hari, pada hari minggu seperti hari ini, ana telah merayau-rayau di kota. Ketika inilah ana telah bertemu dengan dia - seorang drakula. Pertemuan ana yang tidak disengajakan ini agak ganjil juga.

Pertama, dia yang ana lihat ialah seorang orang putih yang sedang minum teh tarik dan makan roti canai di lorong belakang sebuah gudang membeli-belah yang waktu siangnya menjadi tempat lepak remaja-remaja Melayu dan malamnya pula tempat sarang penagih dan nyah Melayu.

Kedua, dia yang ana lihat berpakaian seperti seorang menteri yang sedang bersidang di Rumah Putih untuk menyelesaikan masalah orang-orang yang berkulit selain daripada rona putih.

Ketiga, dia yang ana lihat hanya bersendiri sahaja tanpa ditemani oleh seorang lelaki ataupun yang biasa ana lihat seorang perempuan Asia.

Barangkali kerana ketiga-tiga keganjilan ini menjadi musabab ana ingin mendekati dia walaupun ana tahu perbualan bahasa Inggeris ana seperti orang gagap. Tetapi apa ana peduli, bukankah ini negara ana.

``Excuse me, sir.''

``Ya, mahu apa?'' Jawapan itu memalukan ana. Rupa-rupanya orang putih ini tahu berbahasa Melayu.

``Boleh ana duduk?''

``Ya, silakan.''

``Nama ana, Jamal.''

``Panggil saja ana drakula.''

Ana terkesima dengan gelaran tersebut. Apakah dia drakula yang sering ana tonton di VCD cetak rompak atau hanya satu panggilan mesra.

``Ana telah dilahirkan pada tahun 458SM atau lebih kurang 2,500 tahun yang lalu,'' kini dia mula mengisahkan kisah silamnya.

``Jika anta ingin tahu benar atau tidak fakta tersebut, anta boleh rujuk di dalam al-Quran, kitab anta, orang Islam.''

``Anta membaca al-Quran, anta Islamkah?'' Ana tiba-tiba terkejut apabila dia ketawa besar. Ana makin keliru.

``Ana bukan Islam!'' tegas jawapannya yang juga tiba-tiba membuatkan ana terperangah. Dan untuk seketika dia diam, ana pun diam.

``Ana sebenar berasal daripada keturunan Qabil iaitu manusia pertama yang membunuh dan selepas itu seluruh keturunan Qabil telah disumpah untuk membunuh setiap manusia daripada keturunan Habil. Memang ia tidak adil tetapi ia telah menjadi suratan dalam sejarah keturunan kami. Kami sentiasa dahagakan darah,'' dia berhenti seketika sambil merenung tajam pada ana. Dan renungannya itu membuat bulu roma ana terus meremang seperti berjumpa dengan hantu. Mungkin benar bahawa dia memang drakula.

``Jika ana ingin tahu bahawa setiap sejarah besar dunia dari peristiwa pembunuhan Habil hingga kini adalah di bawah rancangan keturunan ana. Anta pernah dengar Revolusi Inggeris 1640-1660, Revolusi Perancis 1789, Kejatuhan Napolean 1814, Revolusi Amerika 1775-1776, Revolusi Rusia 1905-1917, Peperangan Dunia Pertama dan Kedua hinggalah peristiwa hancurnya WTC pada tahun lalu adalah angkara daripada keturunan ana.

``Bukan itu sahaja, pemikir-pemikir elit keturunan ana juga telah mencipta pelbagai jenis isme seperti feudalisme, kapitalisme, sosialisme, sekularisme, komunisme, liberalisme, modenisme, pasca modenisme dan yang terkini hiper modenisme sehingga orang-orang Islam pun terikut-ikut untuk menjadi islamisme. Ideologi-ideologi tersebut adalah palsu semata-mata dan rekaan keturunan kami - drakula.''

Ana yang terpegun dengan kisah keturunannya itu, melihat tangannya pantas menyauk gelas teh tarik yang tinggal suku sahaja itu lalu diteguknya habis seperti meneguk air iblis lagaknya. Kemudian dipanggilnya mamak untuk memesan segelas besar lagi teh tarik. Dan ana lihat di atas meja telah berdiri tiga gelas kosong.

``Bukan itu sahaja, keturunan ana juga telah mencipta pelbagai teori yang popular sehingga menjadi ikutan keturunan anta untuk juga mencipta teori masing-masing sebagai tanda kehebatan diri. Tetapi itulah tujuan kami. Anta tahu teori Darwin yang dicipta oleh seorang ahli biologi pada tahun 1858 melalui bukunya The Origin of Species?

``Sebenarnya teori tersebut telah dicipta oleh keturunan kami untuk menyelewengkan pemikiran saintis-saintis terutama saintis Islam yang cetek pengetahuan tentang al-Quran. Bukan Charles Darwin sahaja, anta pernah dengar nama tokoh kami seperti Friedrich Hegel, Karl Marx, Arnold J. Toynbee, Sigmund Freud, John Dewey dan Abraham Maslow? Merekalah pemikir-pemikir elit kami yang telah menyebarkan virus pembunuh yang lebih hebat daripada virus antrax.

Melalui Karl Marx yang berjenamakan `kebebasan, persamaan taraf dan persaudaraan' kami telah menghisap darah lembu-lembu Russia, China, Hungary, Cambodia, Vietnam dan yang mungkin pernah anta lihat di kaca tv penyembelihan Serb Komunis terhadap kaum muslim Bosnia-Herzegovina.

``Melalui Sigmund Freud, kami telah membangkitkan nafsu manusia-manusia lembu dan kesannya cuba anta lihat gaya kehidupan masyarakat barat kini. Rosak. Dan ia secara perlahan-lahan juga telah meresap ke dalam masyarakat timur. Setahu ana beberapa orang pengarang di sini juga terasuk dengan psikoanalisis ini. Libido anta bagaimana sekarang?

``Sebagai keturunan drakula juga kami mempunyai sihir dan untuk pengetahuan anta keturunan kami memang mahir dalam ilmu-ilmu sihir ini sehingga orang-orang Islam seperti anta juga sanggup menyekutukan Tuhan mereka semata-mata untuk belajar ilmu sihir ini. Ana pun tidak tahu bagaimana keturunan-keturunan anta juga boleh menyeleweng daripada ajaran Nabi Muhammad sedangkan dalam perancangan kami tidak memasukkan kurikulum sihir ini dalam perancangan kurikulum kami. Hakikatnya sihir itu hanya milik kami sahaja. Pun begitu inilah satu-satu juga kejayaan kami yang tidak disengajakan untuk lembu-lembu tersebut,'' dia ketawa besar selesai sahaja menyebut perkataan lembu-lembu.

Apa maksudnya lembut-lembu tersebut, ana pun masih tidak tahu. Tetapi ana peduli apa kerana ana makin seronok mendengar ceritanya seperti dalam peristiwa Hikayat Malim Deman yang mencuri baju terbang Puteri Bongsu kerana hanya itulah satu-satu hikayat yang ana suka baca. Ana tidak suka membaca buku-buku yang berat kerana ia hanya akan memeningkan kepala ana sahaja. Bagi ana membaca tidak boleh dipaksa-paksa untuk seseorang. Ia hak individualisme. Ah, barangkali ini juga isme yang diciptakan oleh keturunan drakula di hadapan ana ini.

``Semua itu kami lakukan untuk tuhan Yehova, tuhan kami iaitu tuhan drakula. Keturunan kami juga telah membuat perjanjian dalam kitab Talmud, salah satu daripada tiga kitab kami yang lain iaitu Kabala dan Taurah. Tetapi kitab Talmud paling penting kerana ia hasil tulisan ulama-ulama drakula tersohor. Dalam kitab tersebut ulama-ulama kami memetik kata-kata tuhan Yehova yang berpesan; Keturunan drakula ialah satu keturunan yang amat dimuliakan dan terpilih berbanding dengan keturunan-keturunan lain di muka bumi ini. Oleh itu keturunan drakula dibenarkan untuk membunuh atau memusnahkan keturunan-keturunan lain kerana keturunan selain daripada drakula ialah lembu-lembu yang boleh disembelih untuk dijadikan korban kepada tuhan Yehova kerana mereka adalah serupa dengan binatang dari segi nilainya.

``Jika sesiapa daripada keturunan drakula tidak melaksanakan suruhan itu, mereka dianggap telah melakukan dosa yang besar. Dan sesiapa yang melaksanakannya akan dijanjikan darah, hamba, perempuan, harta, tanah dan kuasa.

``Begitulah antara pesan ulama drakula yang sangat ana hafali. Oleh itu keturunan ana telah mencipta pelbagai isme dan teori iaitu satu sihir untuk kami menyerap masuk ke dalam badan-badan politik, ekonomi, sosial, agama dan pelbagai lagi badan untuk merasuk mereka. Kata ulama drakula, kami juga disuruh menipu atau menyihir seseorang yang bukan daripada keturunan drakula.''

Ana yang merenung mulutnya sewaktu dia bercerita cuba mencari-cari taring yang selalunya menjadi identiti kepada drakula tetapi ana tidak melihat taring-taring tersebut. Barangkali menyedari pencarian ana itu dia menghentikan ceritanya dan merenung ana dengan satu pandangan yang tajam tetapi bulu roma ana tidak meremang lagi kerana ana tahu drakula tidak akan menjadi di waktu siang. Dan kemungkinan ini menyebabkan ana tidak dapat mengesan taring-taringnya. Benarkah dia drakula atau orang putih ini telah mabuk teh tarik kerana hanya dengan segelas sauk sahaja segelas besar teh tarik habis diteguk menyebabkan dia memanggil sekali lagi mamak untuk memesan gelas yang kelima.

``Dengan sihir kami juga, kami telah berjaya mewujudkan satu bank yang dipanggil Bank Simpanan Persekutuan Amerika pada 23 Disember 1913. Melalui bank ini kami telah menguasai ekonomi Amerika seterusnya politik Amerika yang kami jadikan boneka dan pengekalan untuk membunuh manusia-manusia lembu tersebut. Kami memilih Amerika kerana mereka diciptakan oleh tuhan Yehova untuk berkhidmat kepada keturunan drakula tidak kira siang atau malam.

``Untuk pengetahuan anta, melalui bank tersebut juga kami telah mencetak wang-wang kertas untuk disebarkan ke seluruh dunia untuk kegunaan lembu-lembu itu. Anta tahu apa modal kami untuk mencetak wang tersebut? Modalnya hanya kertas dan dakwat sahaja tanpa apa-apa cagaran nilai! Dan anta tentu tahu bukan, kini wang-wang kertas tersebut telah merasuk setiap kehidupan para lembu sehingga mereka sanggup bunuh-membunuh untuk merebut sihir yang terdapat pada wang kertas tersebut. Inilah kekuasaan sihir kami. Hanya dari tangan yang kosong kami dapat meruntuhkan sesebuah kerajaan tanpa disedari oleh mereka.

``Kami juga bukan sahaja mencipta wang tetapi kami juga mencipta teknologi. Anta tahu dari mana keturunan kami belajar, kami belajar daripada al-Quran tetapi sayang orang Islam sendiri menjadikan al-Quran hanya sebagai buku undang-undang. Daripada al-Quran kami tahu bahawa bulan mempunyai kuasa untuk menghubungkan gelombang-gelombang atau radar yang boleh menjadi alat perhubungan sedunia. Oleh itu kami cipta radio, telefon, tv dan terkini Internet yang kemudian kami jadikan media untuk merasuk dan pesonakan dunia seluruhnya.

``Dengan kuasa media-media audio dan elektronik tersebut kami mencipta peristiwa-peristiwa politik, ekonomi, sosial, perkauman untuk mengacau-bilaukan dunia. Kami juga mencipta senjata-senjata yang kemudiannya kami bekalkan kepada kumpulan tertentu untuk bunuh-membunuh sesama mereka. Ah, betapa bijak keturunan ana.''

Ana sekali lagi terkesima dengan cerita drakula seorang ini. Benarkah atau hanya cerita rekaan sahaja. Setahu ana sewaktu di sekolah dahulu, cikgu termasuk ustaz ana yang berjanggut sejempul memberitahu bulan hanya menjadi penyukat tarikh-tarikh penting dalam Islam dan juga menjadi panduan untuk para pengembara dan pelayar zaman dahulu. Ah, barangkali orang putih ini terlalu mereka-reka cerita seperti dalam filem mereka.

``Anta tahu bahawa keturunan kami jugalah yang telah merancang pelbagai jenis pembunuhan beramai-ramai di seluruh dunia kini termasuklah mewujudkan krisis ekonomi dunia dan menghuru-harakan akhlak seperti yang berlaku di Malaysia hari ini. Anta tentu tahu bukan kini negara anta dirusuh sumbang mahram. Ah, mengerikan bukan? Tetapi semua rancangan kami itu semata-mata untuk menguasai dunia ini kerana kami keturunan yang terpilih oleh tuhan Yehova.''

Dia tiba-tiba berdiri menyisih-nyisih rambutnya yang putih dan membetul-betulkan kotnya sambil menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan mata wang Euro seratus sambil memanggil mamak supaya mengambil duit tersebut dan menyimpan baki sebagai hadiah. Dan dia melihat mamak tersebut tersengih-sengih menerima duit itu.

Tetapi tindakan dia yang tiba-tiba bangun itu mengejutkan ana yang sebenarnya masih khusyuk mendengar cerita drakula seorang ini. Ana seperti belum puas mendengar cerita susur-galur drakula ini. Sebelum berpisah dengan ana, dia menyoal; ``Jamal tidak mahu tahu siapa nama ana?''

``Ya, siapa anta?'' soal ana seperti telah tersihir sahaja.

``Nama ana ialah Ariel Sharon,'' jawabnya sambil berlalu pergi.

``Aha, Ariel Sharon!''

Ana terkesima. Nama itu seperti pernah ana dengar.










© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com