SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Kebakaran Kecil Bilik Bimbingan & Kauseling

19 Julai - Pada pukul 12.20 tengah hari satu kebakaran kecil telah berlaku di bilik Bimbangan & Kauseling di Blok sementara sekolah. Kebakaran telah disedari oleh beberapa orang pelajar yang ketika itu baru hendak pulang daripada kelas tambahan Perkasa.

Walau bagaimanapun api dapat dipadamkan oleh cik gu Che Wan Ismail Che Wan Ngah Kauselor pelajar yang pada ketika itu sedang berada di tempatan pembahagian makanan & minuman kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tambahan di hadapan surau sekolah.

Cik gu Che Wan Ismail dengan begitu berani, masuk ke bilik terbakar dengan membawa baldi air kolam ikan di hadapan pejabat sekolah dan terus memadamkan api.

Tak banyak kerosakkan yang berlaku, hanya sehelai kot cik gu Che Wan Ismail sendiri yang baru digunakan untuk sesi bergambar untuk majalah sekolah.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai kebakaran ini adalah berpunca lintas pintas. Ada juga cakap sinis dikelangan guru-guru bahawa cikgu Che Wan Ismail sendiri yang membakar bilik tersebut untuk mendapat bilik baru.

Cik gu Che Wan Ismail hanya tersenyum sinis sahaja apabila guru-guru membuat 'joke'.




Oleh : Wartawan IT





© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com