SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Kursus Dalaman dan Sambutan Perpisahan Guru

Pihak Jawatankuasa Perkembangan staf telah mengadakan satu kursus dalaman yang bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Kursus ini bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan guru-guru di SMK Sultan Omar serta menyediakan medan perbincangan dikalangan guru-guru.

Kursus Dalaman ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah Jemputan iaitu Tuan Hj Md Zain Muda bertajuk "Pembelajaran Berfikrah" dan "Pengurusan Kewangan Sekolah".

Banyak perkara yang boleh dimanafaatkan dalam ceramah tersebut, terutamanya semasa taklimat kewangan, kami tak kering gusi dengan telatah penceramah yang begitu mencuit hati.

Pada akhir kursus dalaman ini, satu jamuan telah diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar, iaitu En Awang bin Junoh yang bertukar sebagai Penolong Kanan di SM Teknik Dungun, Pn Che Zaleha Abdullah bertukar sebagai Penolong Kanan di SMK Pulau Serai, Pn Maziah Muda dan Pn Che Ros Maulud sebagai Ketua Bidang di SMK Tengku Intan Zaharah.




Oleh : Wartawan IT





© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com