SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Implikasi tekanan mental pada lelaki

DIANGGARKAN kadar penduduk Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental ialah 15 peratus.

Daripada jumlah tersebut, 50 peratus memerlukan rawatan perubatan.

Sebilangan besar daripada mereka yang memerlukan rawatan ialah kaum lelaki.

Jika ditinjau kadar mereka yang membunuh diri dan yang melakukan jenayah akibat tekanan mental, didapati lelaki paling tinggi.

Lelaki yang mengalami tekanan akan mengalami masalah seksual.

Cara terbaik untuk menangani tekanan ialah menghindar dari tekanan dan mengelakkan dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan konflik rumah tangga.

Bermuafakat dan cuba menghuraikan masalah dengan pasangan dan sekiranya buntu dapatkan bantuan kaunselor.

Banyak bersabar dan jangan terburu-buru membuat keputusan tanpa berada dalam keadaan yang stabil.

Jangan malu berjumpa para psikologi untuk bantuan sekiranya mendapati diri tertekan dan tidak tahu cara untuk menyelesaikannya.

Kesihatan mental boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi tubuh badan.

Jika tidak dapat ditangani boleh mengakibatkan tekanan darah, sakit koronari dan bermacam-macam lagi.

Kenali tanda-tanda tekanan mental dan dapatkan bantuan pakar.










© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/