SMK Sultan Omar

Balik [HOME]

Produk Baru: Norton AntiVirus 2003 sekat cecacing e-mel

SYMANTEC Corp (Symantec) memperkenalkan Norton AntiVirus 2003 yang diserasi dengan Windows 98, Windows Millennium, Windows 2000 dan Windows XP, menyediakan perlindungan terkini daripada virus dan serangan kod bahaya lain.

Produk ini secara automatik akan menyekat virus berasaskan skrip baru dan cecacing e-mel sekali gus mengelakkan ancaman itu daripada merebak.

Ia mengimbas dan membersihkan sisipan masuk daripada perkhidmatan Instant Messaging seperti Yahoo! Instant Messenger, AOL Instant Messenger, MSN Messenger dan Windows Messenger.

Produk ini boleh didapati dalam Standard dan Professional Editions disokong oleh Symantec Security Response yang memperkemas keunikan perlindungan virus setiap hari dan menyediakan perkhidmatan pemulihan segera.

Untuk produk ini, Symantec menyediakan komponen perlindungan untuk menyimpan fail yang dijangkiti dengan selamat sebelum fail berkenaan dibaiki.

Ketika banyak kegiatan perlindungan sedang dilakukan melalui produk ini, amaran pintar akan sentiasa memberitahu pengguna mengenai status kegiatan perlindungan virus dalam keadaan tidak mengganggu pengguna.

Bagi Norton AntiVirus 2003 Professional Edition, ia menyediakan semua komponen dan fungsi Norton AntiVirus 2003 selain menyediakan ciri pemulihan dan pembersihan data berserta akses ke perkhidmatan Symantec Online Backup.

Disediakan bersama integrasi Windows Explorer bagi membolehkan pengguna mengakses fungsi antivirus tanpa perlu melancarkan aplikasi berlainan.










© 2002 SMK Sultan Omar™, 23000 Dungun, Terengganu
Tel/faks : 09-8481831    Email : smkso2002@hotmail.com
https://smkso2000.tripod.com/